NADI Pending

Tarikh: 4 Januari 2025
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: SK Sejijak, Batu Kawa

NADI Pending dengan kerjasama:

  • NADI Kota Sentosa
  • NADI Padungan
  • NADI Tabuan Desa
  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Taman Sukma
  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Taman Indah Landeh
  • NADI Kampung Peninjau Baru

Telah menganjurkan program pengenalan khas di SK Sejijak untuk mempromosikan inisiatif NADI dan konsep 5 Pillars.

Objektif Program:
✅ Memperkenalkan perkhidmatan pintar NADI kepada komuniti.
✅ Menyediakan peluang untuk saringan kendiri dan mengetahui tahap kesihatan terkini.
✅ Menggalakkan pendaftaran ahli baru.

Program ini mendapat sokongan hebat daripada komuniti, dengan kehadiran ramai peserta yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif dan manfaat NADI dalam membina komuniti yang lebih celik teknologi, sihat, dan selamat.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan sokongan penuh kepada program ini.

➡️ Jangan lupa ikuti laman sosial kami untuk maklumat terkini tentang aktiviti dan program yang akan datang!

#NADIterbaikk
#KomunitiPintar
#NADIKamiPenjagaKami