


NADI Pending, Kuching – Kelas “Pengenalan Kepada Microbits” telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Disember 2024 di NADI Pending. Program ini merupakan kolaborasi antara NADI Pending dan TinyTechies, bertujuan untuk memperkenalkan teknologi asas kepada peserta melalui penggunaan microbits.
Objektif Program:
✅ Memberi pendedahan asas tentang microbits dan pengaturcaraan.
✅ Menunjukkan bagaimana teknologi kecil dapat mencipta inovasi besar.
✅ Menggalakkan kreativiti dan minat terhadap teknologi di kalangan peserta.
Program ini dibimbing oleh dua penceramah hebat daripada Elvira Systems:
🎤 Mohd Farid Zainal Abidin
🎤 Ts. Izwan Hadi Zamhuri
Para peserta telah menunjukkan minat dan semangat yang tinggi sepanjang sesi berlangsung. Mereka didedahkan kepada pelbagai kaedah menggunakan microbits untuk membangunkan idea kreatif yang berpotensi besar dalam teknologi masa hadapan.
✨ Terima kasih kepada semua yang hadir serta penceramah hebat atas usaha dan komitmen mereka dalam menjayakan program ini.
#NADIPending #TinyTechies #Microbits #TeknologiUntukSemua #PendidikanDigital #Inovasi