NADI Pending

NADI PENDING, KUCHING :

Program NADI Mahir yang berlangsung pada 27 Oktober lalu berjaya menarik penyertaan tujuh individu yang berhasrat untuk mempertingkatkan kemahiran serta menjana pendapatan. Program ini menawarkan kursus-kursus praktikal seperti Mahir Menjahit, Mahir Memasak, Mahir Pertanian Pintar, dan Mahir Membaiki Gajet, memberi peluang kepada para peserta untuk mengembangkan bakat serta mempelajari kemahiran baru yang bermanfaat dalam kehidupan harian mereka.

Kejayaan acara ini jelas menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan masyarakat terhadap pembangunan kemahiran, sekali gus memberi manfaat ekonomi kepada peserta melalui ilmu yang diperolehi.