NADI X KESEDARAN: KEMPEN INTERNET SELAMAT (WEBINAR)






NADI Pending, Kuching – 26 April 2025 (Sabtu)
Pada 26 April 2025, NADI Pending telah menganjurkan Kempen Internet Selamat melalui sesi Webinar dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang langkah-langkah penting dalam mengelakkan penipuan dalam talian dan cara melindungi data peribadi dengan lebih baik.
Di dalam sesi ini, peserta diajar mengenai:
🔒 Penipuan Dalam Talian: Sentiasa berwaspada dan bagaimana cara untuk menghindari penipuan dalam dunia maya (NADI Shield).
❤️ Lindungi Data Peribadi Anda: Tips penting untuk melindungi maklumat peribadi dan memastikan keselamatan semasa melayari internet (NADI Safe).
Terima kasih kepada semua peserta yang meluangkan masa untuk mempelajari ilmu berharga ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat membantu kita semua menjadi pengguna internet yang lebih bijak, berwaspada, dan selamat!
Jumpa anda di sesi akan datang! Stay safe online!
#NADIPending #NADIAwareness #InternetSelamat #NADIShield #NADISafe