LAPORAN LIVE CLASS NADI DILEA: SEJARAH TINGKATAN 4




NADI Pending, Kuching – 8 Mei 2025 (Rabu)
Pada 8 Mei 2025, NADI Pending telah menganjurkan sesi Live Class Sejarah Tingkatan 4 bertempat di NADI Pending, City Square dari jam 3:30 petang hingga 5:00 petang. Sesi ini mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar yang hadir secara fizikal.
Program ini bertujuan memberikan peluang kepada pelajar untuk mendalami topik penting dalam subjek Sejarah secara lebih sistematik dan berkesan. Dengan bimbingan daripada guru berpengalaman, para pelajar dibantu untuk lebih memahami konsep dan fakta sejarah yang menjadi fokus utama dalam peperiksaan.
Sesi ini juga menyediakan ruang interaktif bagi pelajar bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut bagi memperkukuh pemahaman mereka.
Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam sesi ini. Diharapkan ilmu yang dikongsikan dapat membantu para pelajar mencapai kecemerlangan akademik dalam subjek Sejarah.
#nadilifelonglearning #nadidilea #nadipending #LiveClass #Sejarah #Tingkatan4