NADI Pending

LAPORAN PROGRAM NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT: MAHIR JAHIT

NADI Pending, Kuching – 8 Mei 2025 (Khamis)

Pada 8 Mei 2025, NADI Pending telah menganjurkan program NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat: Mahir Jahit yang diadakan secara fizikal di NADI Pending City Square dan turut disiarkan melalui platform Google Meet. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan praktikal dalam bidang kemahiran jahitan, selari dengan matlamat memperkasakan komuniti melalui ilmu kemahiran hidup.

Sesi kali ini menyaksikan penyertaan aktif daripada para peserta yang hadir dengan penuh semangat dan komitmen. Suasana kelas yang interaktif membolehkan peserta berkomunikasi dengan tenaga pengajar secara terbuka, bertanya soalan, dan mencuba teknik jahitan yang dipelajari secara langsung.

Tenaga pengajar juga memainkan peranan penting dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung kepada setiap peserta, memastikan tiada yang tercicir dalam pembelajaran. Tumpuan diberikan kepada teknik asas jahitan serta tips berguna untuk meningkatkan mutu hasil kerja.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah hadir dan mengambil bahagian dalam program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian serta membuka peluang baharu dalam bidang keusahawanan.

#nadilifelonglearning #NADIMahir #MahirJahit #KemahiranMenjaminKehidupan