KELAS PENSIJILAN & KELAS KESEDARAN NADI E-SUKAN




NADI Pending, Kuching – 26 April 2025 (Sabtu)
Pada 26 April 2025, NADI Pending telah menganjurkan Kelas Pensijilan & Kelas Kesedaran E-Sukan bertempat di NADI Pending, City Square dari 2:00 petang hingga 3:00 petang. Kelas ini memberi penekanan kepada Kawalan Emosi dan Mental Juara serta Kod Etika Pemain E-Sukan, dengan objektif untuk memperkukuh kemahiran kendiri dan menguatkan pengurusan emosi serta mental bagi wakil e-sukan NADI Pending yang bertanding di peringkat negeri.
Beberapa topik utama yang dikongsikan:
🏆 Kawalan Emosi dan Mental Juara: Menyediakan para peserta dengan kemahiran mental yang diperlukan untuk bersaing dalam persekitaran e-sukan yang kompetitif.
🎮 Kod Etika Pemain E-Sukan: Membina sikap profesionalisme, disiplin, dan etika permainan yang tinggi di kalangan pemain.
💡 Pendedahan tentang Tanggungjawab Sosial dan Kerjasama Berpasukan, termasuk pengurusan masa serta penjagaan kesihatan mental untuk melahirkan juara e-sukan yang seimbang dan berwibawa.
Terima kasih kepada semua yang telah menghadiri dan memberikan komitmen untuk meningkatkan prestasi dan integriti dalam bidang e-sukan. Semoga ilmu ini dapat digunakan untuk menjadi pemain yang lebih beretika dan berjaya!
#NADIPending #NADIEsport #EsukanMalaysia #EsukanBeretika #SukanDigital #NADIeSukan