WEBINAR KESELAMATAN SIBER UNTUK WANITA




NADI Pending, Kuching – 25 April 2025 (Jumaat)
Semalam, pada 25 April 2025, NADI Pending telah mengadakan Webinar Keselamatan Siber untuk Wanita dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. Program ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi diri mereka dalam dunia digital, yang semakin penting pada masa kini.
Program ini memberikan ruang kepada komuniti wanita untuk lebih peka dan bersedia menghadapi ancaman siber, terutamanya bagi mereka yang aktif berurusan dalam talian. Peserta diajar cara-cara untuk meningkatkan keselamatan siber mereka dan langkah-langkah praktikal dalam melindungi data peribadi.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga lebih ramai wanita dalam komuniti ini celik digital, selamat, dan bijak berinternet!
#NADIPending #KeselamatanSiberWanita #WanitaBijakDigital #CelikDigital #KomunitiMadani #ProgramKomuniti #EmpowerDigital