Kelas Mahir Jahit NADI Pending: Penghasilan Apron Asas 🧵✂️




Pending, Kuching – 22 April 2025 (Selasa)
Kelas ke-9 dalam siri Mahir Jahit anjuran NADI Pending telah berjaya dilaksanakan secara hibrid melalui Google Meet dan secara fizikal di premis NADI Pending, City Square.
Sesi pembelajaran kali ini memberi tumpuan kepada proses menjahit apron menggunakan pola yang telah disiapkan dalam kelas sebelumnya. Peserta telah mempelajari:
- Teknik jahitan asas seperti jahitan lurus dan jahitan tepi
- Kaedah penggunaan mesin jahit dengan betul dan selamat
- Tips penjagaan mesin jahit dan penyelesaian masalah jahitan asas
Objektif kelas ini adalah untuk memperkukuh kemahiran peserta dalam menghasilkan apron yang praktikal dan kemas.
Tahniah kepada semua peserta atas dedikasi dan semangat belajar yang ditunjukkan. Teruskan usaha dalam mengasah kemahiran ke tahap yang lebih tinggi!
#nadilifelonglearning #NADIMahir #MahirJahit #KemahiranMenjaminKehidupan