NADI Pending, Kuching – Pada 4 Januari 2025, NADI Pending telah berjaya menganjurkan sesi pembelajaran interaktif bertajuk “Juh Main Sambil Belajar dengan Blockly!” di Bilik Latihan NADI Pending, City Square. Sesi ini memberi peluang kepada 4 murid sekolah yang berbakat besar untuk memperkenalkan mereka kepada asas teknologi dan algoritma menggunakan Blockly Games. 🖥️✨
🎯 Apa yang peserta pelajari: ✔ Cara memberi arahan kepada komputer melalui blok visual. ✔ Kemahiran menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik. ✔ Memahami asas algoritma secara menyeronokkan.
Program ini memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, di mana para pelajar dapat memahami teknologi dengan cara yang lebih interaktif dan kreatif! 🎉
Terima kasih kepada semua yang terlibat, dan kami berharap dapat mengadakan lebih banyak program pendidikan seperti ini pada masa hadapan. 🌟
#NADI #NadiPending #JuhBelajar #BlocklyGames #ITAsas #PembelajaranInteraktif