NADI Pending

Pada 17 Disember 2024, NADI Kluster Kuching telah berjaya melaksanakan program NADI SAFE & SHIELD di SK Siol Kanan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian di kalangan pelajar. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari amalan terbaik dalam melindungi data peribadi dan mengelakkan ancaman siber. 💻🔒

🎯 Apa yang peserta pelajari:
✅ Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam talian.
✅ Memberikan panduan untuk melindungi data peribadi.
✅ Mengajar amalan terbaik untuk mengelakkan ancaman siber.

Kami amat teruja dapat berkongsi ilmu dan tips keselamatan digital dengan generasi muda yang merupakan pengguna aktif teknologi hari ini. Dengan langkah-langkah yang betul, kita dapat melindungi diri dan komuniti daripada ancaman siber. 🌐

👏 Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru, dan pelajar-pelajar SK Siol Kanan atas sambutan hangat dan kerjasama yang diberikan!

#NADISafeAndShield #KeselamatanSiber #DigitalSafety #NadiPending #SiberSelamat #GenerasiBijak #IlmuBerguna